Motto

” Anggota Di Dahulukan dan Koperasi Di Utamakan”

Tujuan pembentukan Koperasi adalah untuk kepentingan anggota (Di Dahulukan) dalam mencapai segala matlamat Koperasi.

Fungsi Koperasi adalah Perkhidmatan. Perkhidmatan mestilah diberikan kepada anggota terlebih dahulu sebelum dapat diberikan kepada orang lain.

Walaubagaimanapun,dalam merebut sesuatu peluang anggota tidak boleh memikirkan tentang kepentingan diri sendiri tetapi hendaklah mengutamakan hak anggota – anggota lain keseluruhannya iaitu Koperasi. Dalam erti kata yang lain Koperasi mestilah diutamakan untuk manfaat semua daripada kepentingan seseorang individu.