Visi Dan Misi

Visi

Menjadikan KOPERASI ALUMNI MKM KUALA LUMPUR BERHAD (KOPAMA) No.Daftar: W-4-0599 sebuah Koperasi yang progresif, cemerlang, berkualiti, berintegriti dan yang terunggul bertaraf antarabangsa.

Misi

Menglibatkan koperasi dalam pelbagai sector ekonomi secara aggresif serta membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan gerakan koperasi sebagai penjana pertumbuhan ekonomi Negara yang keempat selepas sektor perkhidmatan, perkilangan dan pertanian. Pada masa yang sama membantu meningkatkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Memperkasakan sosio-ekonomi para anggota dan melahirkan anggota yang berilmu, berkemahiran, berkeupayaan, berwawasan dan berdaya tahan dalam kerjaya dan keusahawanan.

Mewujudkan, secara terancang dan berterusan, satu generasi masyarakat usahawan bumiputra yang dinamik dari kalangan anggota dan seterusnya dari anggota-anggota pelapis (seperti graduan-graduan muda MKM), dalam bidang perdagangan, pertanian dan perindustrian. Misi ini bertujuan untuk meningkatkan serta mengukuhkan lagi penglibatan bumiputra dalam memainkan peranan yang efektif dan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi Negara.